BM | EN | 中文

Asyraf Wajdi usah bicara soal mandat rakyat

saiful-amri-pontian.png

Exco Pemuda Amanah Johor, Noorsaiful Amri Suloh

Advertisement

PONTIAN, 7 MEI: Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu lebih matang serta ‘mengukur baju di badan sendiri’ sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan soal mandat rakyat

Ini kerana dia tidak sedar bahawa pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 partinya telah tewas dan rakyat memberikan mandat kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).

Exco Pemuda Amanah Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata ulasan Asyraf berhubung kenyataan Armada semalam yang mahu bersama semula Pakatan Harapan (PH) adalah tidak munasabah.

Advertisement

“Penilaian itu mentah dan sememangnya kenyataan Ketua Pemuda Umno itu tidak adil dalam mengulas pendirian Armada,” kata Norsaiful.

Beliau turut membangkitkan persoalan sekiranya keputusan Armada memilih untuk bersama PN.

“Saya yakin sekiranya Armada memilih PN, pastinya Asyraf tidak akan bersuara kerana baginya itu adalah keputusan yang tepat dilakukan oleh Armada kerana memihak kepada beliau dan PN,” kata Noorsaiful

Advertisement

Tambah beliau mandat rakyat adalah di atas kertas undi yang diberikan pada PRU 14 yang lalu bukan pilihan secara lompat parti.

Katanya lagi, keputusan yang dilakukan segelintir ahli parlimen yang kini berada dalam PN bukanl kehendak rakyat.

“Kita kena hormati suara rakyat, sekiranya betul PN mempunyai kekuatan mengapa harus melakukan perbincangan dalaman sehingga mewujudkan pemerintahan yang baharu. Seharusnya ia diserahkan semula kepada rakyat.

Advertisement

“Walau apa alasan sekali pun oleh Asyraf, ia bukan berpaksi kepada hak rakyat di dalam membuat pilihan.

“Ternyata jelas Umno yang gila talak kerana mereka sanggup membelakangkan rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan sewaktu PH masih memegang kuasa.

“Armada telah membuat keputusan. Mengapa yang bersuara adalah Asyraf. Rakyat turut menilai tindakannya yang ternyata hanya pandai meroyan kerana khuatir hilangnya kuasa,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top