BM | EN | 中文

Asrama pekerja terbakar, 40 terselamat

kebakaran-3.jpg

Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran

Advertisement

BATU PAHAT, 29 JAN: Kira-kira 40 pekerja berdepan detik cemas apabila asrama pekerja yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian di Parit Yusof Darat, Semerah, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Komander Operasi, Penolong Kanan Pegawai Bomba Jefri Jamal, setelah menerima panggilan kecemasan jam 8.46 pagi tadi, Pasukan Bomba dan Penyelamat menghantar dua jentera FRT, dua jentera EMRS, tiga jentera RIM, satu jentera Water Tanker dan satu Jentera Pasukan Bomba Sukarela dari BBP Muar, BBP Batu Pahat dan Pasukan Bomba Sukarela Parit Yusof ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, kebakaran telah memusnahkan 80 peratus keseluruhan asrama.

“Seramai 26 orang anggota pasukan Bomba telah ditugaskan bagi memadamkan kebakaran asrama pekerja jenis sementara kekal itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jefri berkata, operasi pemadaman dengan menggunakan empat pancutan dan air tangki pam jentera FRT tamat kira-kira jam 11.40 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top