BM | EN | 中文

Aspirasi Pagoh sampaikan bantuan kepada penduduk setempat

Aspirasi-Pagoh-1.jpg
Advertisement

MUAR, 25 OKT: Penggerak Aspirasi Pagoh mengagihkan kit bantuan barang makanan kepada penduduk di Pagoh meskipun kawasan ini tidak terjejas akibat pandemik Covid-19.

Jurucakap Aspirasi Pagoh Johar Siraj berkata, bantuan barang makanan itu diagihkan kepada rakyat yang terjejas termasuk terputus bekalan disebabkan masalah kewangan dan mereka yang mengalami kesempitan hidup.

“Wabak Covid-19 masih terus melanda negara meliputi kawasan-kawasan terjejas.

Advertisement

“Walaupun Pagoh, bukan kawasan yang terjejas teruk akibat pendemik Covid-19 akibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP, namun demikian masih terdapat golongan yang memerlukan bantuan,” kata Johar.

Tambah beliau, berikutan Pagoh merupakan kawasan luar bandar dan masih ada di kalangan rakyat yang memerlukan bantuan, Aspirasi Pagoh dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Kampung Pergam di bawah Biro Kebajikan meneruskan usaha meringankan beban.

“Berdasarkan aduan-aduan yang saya terima, adalah menjadi tanggungjawab kami agar masalah ini mampu ditangani semampu yang boleh.

Advertisement

“Ini demi meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat yang memerlukan khususnya di kawasan Bukit Pasir dan Pagoh ini” katanya lagi.

“Usaha kebajikan ini terus menjadi rutin kami di dalam menyantuni golongan yang memerlukan bantuan,” kata Johar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top