BM | EN | 中文

Aspirasi Pagoh dan NGO Kampung Pergam bantu usahawan kampung bina semula bengkel yang rosak

Aspirasi-Pagoh-dan-NGO-Kg-Pergam-bantu-usahawan-kampung-bina-semula-bengkel-yang-rosak.png
Advertisement

MUAR, 8 NOV: Atas semangat gotong-royong dan kerjasama di kalangan penduduk setempat, seorang mekanik di Pagoh yang mengalami kerugian akibat bengkelnya yang rosak dipukul ribut mendapat bantuan pembinaan semula premis perniagaannya.

Jurucakap pertubuhan Aspirasi Pagoh, Johar Siraj berkata, beliau bersama sukarelawan dari Persatuan Rekreasi Kampung Pergam, telah mengunjungi mekanik tersebut, Mahadi Saari di Kampung Tengah Bukit Pasir bagi meninjau kerosakan.

“Tujuan kunjungan ialah untuk mengenal pasti jenis kerosakan, dan bentuk bantuan yang boleh dilakukan dalam meringankan beban yang ditanggung.

Advertisement

“Kami menyedari masalah dihadapi oleh Mahadi. Bengkel kereta yang menjadi punca pendapatan keluarganya musnah teruk kerana dipukul ribut,” kata Johar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Aspirasi Pagoh dan Persatuan Rekreasi Kampung Pergam berjaya mengumpul derma dan bantuan dalam bentuk peralatan binaan bagi membina semula bengkel yang telah rosak.

Malah kata Johar, program gotong-royong bagi pembinaan semula bengkel itu berjaya diselesaikan dalam masa yang singkat hasil kerjasama para sukarelawan.

Advertisement

“Setelah perbincangan secara bersama dengan pemilik bengkel kereta, persetujuan telah dicapai dan usaha membina semula telah disepakati melalui kerja-kerja bina semula bengkel yang rosak,” katanya.

“Semoga sumbangan dan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggungnya,” kata Johar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top