BM | EN | 中文

Aspirasi Pagoh buat kunjungan prihatin serah bantuan kepada keluarga memerlukan

Aspirasi-Pagoh.jpg
Advertisement

MUAR, 19 SEPT: Seorang penduduk di Pagoh dekat sini yang lima bulan tidak mampu bekerja akibat masalah saraf menerima kunjungan sempena program Ziarah Prihatin Aspirasi Pagoh dengan kerjasama NGO Prihatin Persatuan Rekreasi Kampung Pergam.

Wakil persatuan itu, Johar Siraj yang mengetuai rombongan menyantuni keluarga Borhan Wagiman, 59 tahun, yang tinggal di Taman Sri Pagoh selepas mendapat makluman daripada penduduk setempat.

“Melalui kunjungan prihatin berkenaan, sedikit sumbangan keperluan barangan dapur, minuman kesihatan dan wang tunai, telah disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Borhan dan keluarganya.

Advertisement

“Kami daripada Pengerak Aspirasi Pagoh dan Persatuan Rekreasi Kampung Pergam, mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali menjalani rutin kehidupan seperti sediakala” kata Johar.

Tambah beliau pihaknya akan terus mengenal pasti keluarga atau individu dari golongan yang memerlukan untuk dibantu lebih-lebih lagi dalam suasana pasca pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Dalam masa yang sama katanya, orang ramai juga digalakkan untuk menghubungi pihaknya untuk merancang pogram bantuan secara bersama sebagai sebahagian daripada usaha membantu kehidupan keluarga yang memerlukan.

Advertisement

“Semoga Allah menerima amalan dan ibadah kami dalam menyantuni mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top