BM | EN | 中文

Aspirasi Pagoh bantu bina semula rumah mangsa kebakaran

Aspirasi-Pagoh.jpg
Advertisement

PAGOH, 12 OKT: Atas semangat kekitaan dan usaha secara berganding bahu, inisiatif untuk membantu sesama rakyat yang ditimpa musibah dan bencana mampu dilakukan.

Demikian dinyatakan Johar Siraj, Timbalan Pengerusi Aspirasi Pagoh yang juga Pengerusi Persatuan Rekreasi Kampung Pergam dalam usaha pihaknya membantu membina semula rumah mangsa kebakaran disini, baru-baru.

Menurut Johar, usaha membina semula rumah penduduk di Kampung Naib Piee, dekat Bukit Pasir, Pak Seman telah berjaya dirancang berkat kerjasama pelbagai pihak.

Advertisement

“Kerja-kerja bina semula Rumah Pak Seman yang hangus dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Naib Piee Bukit Pasir sedang giat dilaksanakan.

“Projek ini sedang berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dirancang. Usaha ini pastinya memberikan kelegaan kepada kepada waris keluarga.

“Sama-sama kita berharap, agar usaha baik ini mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah SWT,” kata Johar dalam satu kenyataan.

Advertisement

Pertubuhan Aspirasi Pagoh sebelum ini giat menjalankan program kebajikan di sekitar kawasan ini

Antaranya melalui Ziarah Prihatin bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah, warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top