BM | EN | 中文

ASNAF GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN

aminolhuda-9.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 NOV : “Saya bercadang menggunakan bantuan yang diterima untuk membuka perniagaan dan diharap ia dapat meringankan beban kami sekeluarga,” ujar Norman Jantan.

Norman

Norman, 43 antara 110 penerima bantuan asnaf yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan dalam Majlis Wacana Rahmah di Taman Gembira, Pontian, petang semalam.

Dia yang menghidap penyakit angin ahmar menerima sumbangan khemah berniaga pada program itu.

Advertisement

“Isteri saya bercadang kembangkan kemahiran membuat kerepek. Saya bersyukur dengan bantuan kerana berpeluang meneruskan perniagaan kecil-kecilan bagi menyara keluarga,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Fadhilah Mohd Sani, 32 turut  bersyukur terpilih menerima bantuan itu.

Fadhilah

“Semestinya saya terharu kerana kami adalah golongan B4. Sekurang-kurangnya bantuan berbentuk makanan dan barang keperluan harian dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Aminolhuda berkata, kerajaan negeri menyediakan bantuan kepada tiga golongan iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan B40″

“Tiga bentuk bantuan barangan yang kami berikan ialah barangan menjahit, membuat kuih dan menggunting rambut yang keseluruhannya berjumlah RM600,000”

“Ini menunjukkan kerajaan negeri komited untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan sasaran,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top