BM | EN | 中文

Asnaf di Batu Pahat sebak terima bantuan peralatan dari Adun Senggarang

asnaf-sebak-terima-bantuan-khairuddin-adun-senggarang.jpg

BATU PAHAT, 15 SEPT: Pengusaha pepes kecil-kecilan Norayati Murah, 57, sebak selepas menerima bantuan dari Adun Senggarang. Ir Khairuddin A Rahim dalam bentuk peralatan untuk perusahaannya.

Norayati yang telah menceburi perusahaan pepes selama lima tahun itu berkata, beliau bersyukur dengan bantuan yang diberikan bagi meringankan usahanya.

“Dia (YB) bagus. Selalu melawat saya. Bukan peralatan niaga saya, saja malah rumah bocor kami pun dibetulkan. Dia kasi zink baru dan upah pekerja betulkan.

“Dia suruh saya teruskan usaha ni sebab dia kata boleh menjana pendapatan. Memang saya bancuh sendiri pepes ini. Dari situ dia hadiahkan saya mesin pembuat pepes dan peti sejuk untuk simpan pepes (frozen).

“Selain itu, dia juga turut pasarkan produk saya. Sehingga setakat ni permintaan mulai meluas, sehingga ke negeri Melaka pun ada yang tempah.

“Saya harap dia kekal menjadi Adun di sini kerana jasanya kepada orang kampung banyak dan ia suatu yang baik dibuat,” katanya.

Norayati turut menyatakan kesyukuran kerana nasibnya dipandang oleh pemimpin tempatan yang membantunya ketika dalam kesusahan.

Dalam pada itu, Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim ketika ditemui berkata sumbangan tersebut sebagai suatu motivasi kepada Norayati untuk terus maju.

Tambahnya, bantuan itu diharap dapat meringankan bebanan ditanggung beliau dalam mengusahakan produk yang bertujuan menjana pendapatannya.

“Kita mahu dia berdiri atas kakinya sendiri. Justeru itu kita sumbangkan kelengkapan asas kepadanya agar beliau terus mampu memasarkan produknya sendiri.

“Kebergantungan kepada sumbangan orang ramai kita sedia maklum seperti air pasang surut.

“Tapi beliau mempunyai kelebihan iaitu dengan membuat pepes. Tidak salah untuk kita bantu usaha beliau memajukan produknya.

“Kita mahu ramai lagi pengusaha kampung menghasilkan produk sendiri agar memantapkan ekonomi mereka sendiri,” kata Khairuddin.

Terdahulu Khairuddin menyampaikan sumbangan peralatan memasak, pengisar daging, peti sejuk dan beberapa lagi peralatan tambahan untuk membuat pepes.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top