BM | EN | 中文

ASET-ASET 1MDB DI AMERIKA SYARIKAT AKAN DITUNTUT SEMULA

IMG-20191101-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Kerajaan akan membuat tuntutan semula ke atas aset-aset 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan daripada penyelesaian oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang melibatkan penemuan aset-aset tersebut.

“Ya, sebahagian daripada dana duit 1MDB telah digunakan oleh Jho Low untuk membeli aset-aset di AS kira-kira USD600 million.

Advertisement

“Kita ada bukti itu wang Malaysia dan kita akan membuat tuntutan semula kepada Kerajaan AS,” katanya pada satu sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai laporan berkenaan penyelesaian antara DoJ dan Jho Low, dalam penemuan aset-aset bernilai lebih USD700 million yang melibatkan 1MDB.

“Dia (Jho Low) telah memutuskan untuk tidak contest keatas DoJ, maka, DoJ boleh membekukan aset-aset yang dibeli oleh duit Malaysia,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top