BM | EN | 中文

“Arwah mahu naratif sejarah penubuhan AMANAH di Johor dibukukan”

Arwah-mahu-naratif-sejarah-penubuhan-AMANAH-di-Johor-dibukukan.jpg
Advertisement

MUAR, 29 DIS: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pengasas parti itu Allahyarham Yahya Muslim meminta agar naratif penubuhan parti itu di Johor agar dibukukan.

Menurut Aminolhuda, Allahyarham Yahya Muslim sebelum ini telah beberapa kali memintanya untuk merakam sejarah perjalanan penubuhan parti itu bermula dari Gerakan Harapam Baru (GHB) sehinggalah kepada penubuhan AMANAH.

Pimpinan AMANAH Johor dan kawasan Bakri hadir ke pengebumian Allahyarham Yahya Muslim

“Allahyarham Yahya Muslim selalu meminta supaya naratif penubuhan GHB dan Parti Amanah Negara perlu dibukukan sebagai bahan bacaan dan rujukan masa hadapan.

Advertisement

“(Ini) kerana GHB (atau) sekarang ini Parti Amanah dimulakan di Hotel Muar Traders, Johor dan penggerak-penggeraknya majoriti adalah orang Johor,” kata Aminolhuda dalam satu kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook beliau, semalam.

Menurut Aminolhuda, beliau menerima berita sedih pemergian rakannya itu awal pagi Jumaat, kira-kira pada jam 2.15 pagi yang ketika itu sedang dirawat di Hospital Pakar Muar.

“Orangnya periang, mudah didekati dan bersedia untuk menyantuni sesiapa sahaja yang bertandang ke Bakri.

Advertisement

“Antara sahabat yang memulakan Gerakan Harapan Baru (GHB) melalui Himpunan JasaMu di Kenang di Markas PAS Bakri sehingga berakhir dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara.

“Di pagi yang sangat baik iaitu awal pagi Jumaat penghulu segala hari Allah menjemput mu. Semoga sahabatku diampunkan oleh Allah, ditempatkan di kalangan syuhadaq dan diberikan RahmatNya sewaktu sahabatku berada di alam barzah. Amin,” kata Aminolhuda.

Sementara itu, AMANAH kawasan Bakri turut merakamkan ucapan takziah.

Advertisement

“Almarhum merupakan antara dikalangan pencetus utama diatas gerakan awal penubuhan G-18 susulan daripada Muktamar di Kuala Selangor dan juga telah banyak menabur jasa bersama-sama pimpinan yang lain sehinggalah tertubuhnya Parti Amanah Negara.

“Semoga Almarhum mendapat keampunan dan rahmat berterusan milik Allah SWT. Al-Fatihah,” kenyataan AMANAH Bakri dipetik.

Timbalan Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menyampaikan ucapan takziah

Advertisement

“Sahabat baik saya Mohd Yahya Muslim atau lebih mesra dengan nama panggilannya Pak Ya telah menghembuskan nafas terakhir.

“Allahyarham merupakan sahabat susah senang bersama dalam perjuangan.

“Semoga roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarga Pak Ya semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah,” kata Salahuddin.

Advertisement

Yahya Muslim, (gambar, kanan) 55 tahun meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat asma. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Saliah Jamal dan lima orang anak.

Beliau merupakan antara pengasas parti AMANAH dan mantan ahli jawatankuasa parti itu untuk kawasan Bakri, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top