BM | EN | 中文

Artis perlu terlibat kerja kebajikan

jeiwa.jpg

Faez (kiri) dan Acap di hadapan projek lukisan mural bersama anak-anak istimewa yang dikendalikan mereka di Jeiwa Power House, Paradigm Mall, Johor Bahru

Advertisement

Para artis dan karyawan perlu melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawanan dengan cara menyumbangkan masa dan bakat mereka terutamanya kepada pertubuhan yang memperjuangkan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Ini kerana, melalui kegiatan dan interaksi langsung dengan segmen masyarakat istimewa itu lebih mendekatkan diri para karyawan dan artis, selain lebih memahami isu-isu semasa yang secara langsung boleh mempengaruhi karya seni mereka.

Duo pelukis dari kumpulan artis Art Battalion ketika ditemui berkata, banyak perkara yang dipelajari mereka ketika turun padang menyumbangkan khidmat dalam program kesukarelawanan.

Advertisement

“Sebelum ini kami tak pernah terlibat. Ini kali yang pertama.

“Banyak yang kami belajar,” kata pelukis mural yang mahu dikenali sebagai Faez kepada Johorkini selepas ditemui pada majlis penutup program seni mural bersama anak-anak istimewa di Jeiwa Power House dekat Paradigm Mall, Johor Bahru, baru-baru ini.

Pelukis mural berusia 26 tahun itu berkata, melalui program sedemikian, ia mengajarnya erti kesabaran, apatah lagi ketika berdepan anak-anak istimewa.

Advertisement

“Anak normal berbeza dengan mereka. Melalui program macam ini, ia mengajar kita bahawa kalau kita bersabar – rupanya ada orang lain yang lebih bersabar,” katanya.

Mengakui agak kaget berdepan buat kali pertama, Faez berkata beliau sebenarnya teruja dan kagum dengan kebolehan anak-anak istimewa dan kelainan upaya yang sebenarnya memiliki bakat dan boleh diasah.

“Acara macam ni patut diteruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Para artis pula jangan lupa peranan mereka untuk terlibat dalam program kebajikan.

Advertisement

“Benda (program) ini bagus, sebab tak semestinya orang yang normal sahaja berbakat. Kita pun tak sangka, kadang-kadang orang kelainan upaya lebih berbakat daripada kita.

“Kita jangan terlalu ego dengan diri kita. Jangan rasa diri kita hebat dan OKU seperti mereka kita pinggirkan,” katanya.

Pada program tersebut, kira-kira 15 kanak-kanak istimewa antaranya yang mengalami autisme bersama dalam program melukis seni mural di Jeiwa Power House.

Advertisement

Program selama tiga hari tersebut dianjurkan dengan kerjasama Anak Johor Events, Seamaster, Tune Hotel dan Musikita.

Sementara itu, seorang lagi pelukis yang mahu dikenali sebagai Acap, 28, berkata, antara cabarannya ketika mengendalikan sesi bersama anak-anak istimewa tersebut adalah ketika memberi panduan dan arahan melukis.

Kata Acap, beliau hanya membuat lakaran asas lukisan dan kemudiannya disambung oleh peserta program.

Advertisement

“Masa awal saya agak pening. Penganjur kata ‘special kids’ (anak-anak istimewa). Jadi kita tak tahu macam mana nak pandu mereka untuk melukis.

“Saya buat asas sahaja, ‘outline’. Mereka yang ‘fill in’. Rupanya ada yang pandai campurkan warna. Dan kadang-kadang dilihat, warna abstrak mereka lebih cantik daripada apa yang saya buat,” katanya.

Justeru itu kata Acap, program berbentuk jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak itu perlu digalakkan dengan penglibatan pelbagai pihak, termasuk para artis dan karyawan.

Advertisement

“Ini kali pertama kami di Art Battalion kerjasama dengan anak-anak istimewa. Sebelum ini belum pernah dijemput. Jadi bila diundang, kami pun ambil peluang.

“Melalui program macam ini, selain mengajar, ada banyak juga yang kita belajar,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top