BM | EN | 中文

ARTIKEL JOHORKINI LAPOR ISU SEBENAR

isu-JK03.jpg

(DIKEMASKINI)

Pihak Johorkini ingin memaklumkan, nama nelayan dalam akhbar JohorKini versi cetak keluaran OKT 2019/003 adalah Johari Nawi, bukan Khairudin Hasan seperti yang tersiar. Mohon maaf atas kekhilafan teknikal editorial.

Namun, kandungan artikel tidak diputarbelit sebagaimana yang didakwa oleh Johor Press. Malahan wartawan Firdaus Zolkifli telah memetik keluhan Encik Johari Nawi mengenai kehidupan nelayan semakin sukar kerana hasil tangkapan merosot akibat pembinaan benteng dan pulau buatan, kos sara hidup semakin tinggi dan harapan nelayan agar diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam artikel tersebut (sila rujuk artikel berkenaan).

Dakwaan Johor Press mengatakan laporan tersebut ditulis secara sembrono dan memutarbelit kenyataannya tidak berasas. Pengakuan kesilapan dari wartawan tersebut adalah mengenai kesilapan teknikal nama nelayan, bukan kandungan artikel sebagaimana yang didakwa pihak Johor Press.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top