BM | EN | 中文

Armada Bersatu tolak Umno, mahu kembali kepada PH

ARMADA-PPBM-Bersatu.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat keputusan menolak kerjasama dengan Umno, sebaliknya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataannya hari ini Armada berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri Exco-exco dan ketua Armada negeri, serta pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

“Ahli-ahli mesyuarat telah berbincang dan pada akhirnya bersetuju untuk menetapkan pendirian rasmi sayap Armada, iaitu menyokong penuh pendirian Dr Mahathir untuk tidak bekerjasama dengan Umno.

Advertisement

“Mengembalikan mandat rakyat sebagaimana yang telah diberi pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” kata Armada dalam satu kenyataan.

Armada berkata, parti Bersatu telah bersama Pakatan Harapan (PH) dari seawal perjuangan menyelamatkan Malaysia.

“Susah dan senang akan kita hadapi bersama sebagai satu keluarga,” tambah kenyataan itu lagi.

Advertisement

Sayap itu turut berpendirian keputusan tersebut diambil berdasarkan undian yang dibuat semasa perjumpaan oleh lebih dua pertiga ahli mesyuarat dan selebihnya berkecuali tanpa ada yang menolak.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menyatakan pandangan sama, iaitu seruan agar Bersatu kembali kepada PH.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top