BM | EN | 中文

Arena bola sepak negara berduka pemergian Shebby Singh

Arena-bola-sepak-negara-berduka-pemergian-Shebby-Singh.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut pada Rabu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berduka dengan pemergian bintang bola sepak yang pernah mewarnai arena bola sepak negara itu, mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, yang juga dikenali sebagai Shebby Singh, menerusi catatan di Facebook.

“FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Serbegeth Singh susulan pemergiannya secara mengejut petang tadi (Rabu).

Advertisement

Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh,” menurut catatan itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Shebby Singh meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri lebih kurang pukul 7.30 malam.

Lahir pada 20 Ogos 1960, bakat Shebby yang berasal daripada Kluang, Johor mula dikesan oleh Allahyarham Abdul Shatar Khan, individu yang terkenal dengan reputasi sebagai jurulatih remaja.

Advertisement

Bekas jurulatih pasukan Kuala Lumpur mendiang S. Subramaniam kemudian berjaya memujuk Shebby untuk meninggalkan Johor dan berhijrah menyertai Kuala Lumpur pada 1983.

Menyarung jersi kebangsaan pada kejohanan Piala Presiden Korea Selatan pada 1982, Shebby mengumpul 61 penampilan mewakili negara sehingga persaraannya, selepas beraksi menentang England di Stadium Merdeka pada 1982.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top