BM | EN | 中文

Arahan bercanggah punca peningkatan semula kes Covid-19

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 7 OKT: Arahan bercanggah dikeluarkan oleh pihak kementerian dikatakan sebagai sebagai punca peningkatan Covid 19 di negara ini.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Asim Abdullah berkata, pada 22 September lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri melalui keputusan Mesyuarat Khas Menteri berkata mereka yang pulang dari Sabah tidak perlu dikuarantin.

Jelasnya, kenyataan tersebut bercanggah kerana keadaan pada waktu itu di Sabah mula menunjukkan peningkatan angka kes baharu di kalangan penduduknya.

Advertisement

“Semak semula kenyataan Ismail Sabri di mana ia tidak menasihatkan agar semua pihak yang ke Sabah bagi tujuan Pilihanraya Negeri (PRN) di sana dikuarantin.

“Kerajaan seperti tidak peka dengan keadaan yang berlaku sehingga ada di antara mereka yang ke Sabah membawa pulang wabak tersebut ke Semenanjung.

“Apa yang kerajaan fikirkan sehingga perkara ini tidak dapat dikawal. Ini masalah bilamana kerajaan tidak langsung mahu mendengar keluhan, kebimbangan rakyat di negara ini yang peka akan masalah ini,” jelasnya.

Advertisement

Beliau turut memuji tindakan Parti Amanah Johor yang memutuskan untuk membuat pengasingan kendiri atau kuarantin secara sukarela bagi langkah berjaga-jaga dalam mengawal perebakan wabak tersebut.

“Ia suatu tindakan yang baik dilakukan oleh Parti Amanah Johor yang membuat tindakan tersebut walaupun dalam ujian swab mereka semua didapati negatif.

“Walau bagaimana pun kerajaan tidak boleh mengharap perkara tersebut dilakukan dengan secara sukarela. Kekalutan pentadbiran boleh menimbulkan pelbagai masalah sehingga ada yang akan menjadi mangsa akibat dari kecuaian pihak kerajaan.

Advertisement

“Saya mendesak agar langkah drastik perlu disegerakan oleh kerajaan bagi membendung permasalahan ini.

“Rakyat kini berada dalam keadaan yang membimbangkan,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top