BM | EN | 中文

Apple henti operasi di China

PhotoGrid_1580688783296.jpg

Tim sedang merancang kaedah menangani kerugian pengeluaran untuk pengguna di Wuhan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Mengikut jejak langkah Starbucks dan McDonald’s, Apple juga  menutup sementara waktu premis rasmi dan pejabat mereka di China sehingga 9 Februari.

Keputusan ini berdasarkan saranan dari pakar kesihatan agar mengambil langkah berhati-hati atas penyebaran koronavirus, kata Apple menurut Reuters semalam.

“Setakat ini saja, jumlah kematian akibat koronavirus terus meningkat lebih dari dua kali ganda menjadi lebih dari 250.

Advertisement

“Apple berharap dapat beroperasi semula sesegera mungkin,” katanya.

Tambahnya lagi, Apple sangat bergantung dengan China dari segi penjualan telefon pintar dan juga dalam pembuatan.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Apple, Tim Cook mengatakan syarikatnya sedang merancang kaedah menangani kerugian pengeluaran untuk pengguna di Wuhan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top