BM | EN | 中文

APMM Zon Maritim Batu Pahat rampas bubu naga

IMG-20200121-WA0002-e1579574367939.jpg

Bubu naga dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat di perairan Sungai Ayam, Batu Pahat, petang semalam.

BATU PAHAT, 21 JAN : Sebanyak 33 unit bubu naga dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat di perairan Sungai Ayam, Batu Pahat, di sini, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, rampasan dilakukan pada kira-kira jam 6 petang semasa bot melakukan rondaan rutin.

“Sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dikesan beserta dua orang awak-awak sedang menarik bubu naga yang dipasang dipersisir pantai.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka bertindak melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek serta meninggalkan bubu naga tersebut bagi mengelakkan ditahan.

“Memandangkan paras air laut sedang surut, Anggota Maritim Malaysia terpaksa meredah lumpur sehingga ke paras lutut untuk sampai ke lokasi bubu naga dipasang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad juga menegaskan bahawa penggunaan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif.

Katanya, selain itu bubu itu turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekali gus menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai.

“Kesemua bubu naga dirampas dan dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk disita termaktub didalam Akta Perikanan 1985.

“Para nelayan diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top