BM | EN | 中文

APMM tumpas kegiatan edar dadah guna laluan air

Agensi-Penguatkuasaan-Maritim-Malaysia-APMM.png
Advertisement

KUANTAN, 1 JUL: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti pengedaran dadah menggunakan laluan air di daerah Rompin, kira-kira 130 kilometer dari sini, pada Sabtu lepas.

Pengarah APMM Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata empat daripada semua suspek yang berusia antara 25 hingga 49 tahun itu ditahan semasa menaiki bot fiber di pesisir Muara Endau.

“Bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu difahamkan cuba melarikan diri semasa dihampiri oleh bot APMM, Bot Kilat namun berjaya dipintas oleh anggota kita.

Advertisement

“Penemuan di bot itu menemukan dadah yang dibungkus dalam dua plastik hitam yang dianggarkan jenis syabu seberat 238.5 gram dan wang tunai RM3,350,” katanya pada sidang media di Pejabat APMM di sini, semalam.

Amran berkata susulan kejadian itu membawa kepada penemuan dadah jenis syabu dan heroin dianggarkan seberat 388.85 gram di sebuah rumah di Endau, Mersing, Johor yang membawa penahanan empat lagi suspek.

Turut dirampas, wang tunai RM600 dengan keseluruhan dadah dianggarkan bernilai RM61,000 menjadikan jumlah rampasan termasuk bot fiber sebanyak RM87,000.

Advertisement

“Kita percaya mereka ini berpusat di Johor dan menggunakan laluan air untuk menyeludup dadah ke Pahang bagi pasaran penagih di Rompin.

“Tangkapan ini adalah yang pertama melibatkan kesalahan berkaitan dadah di Pahang. Kita akan terus mempertingkatkan rondaan serta pemantauan bagi memastikan laluan air tidak disalah guna dengan aktiviti yang salah di sisi undang-undang,” katanya.

Amran berkata suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top