BM | EN | 中文

APMM TAHAN KAPAL TANGKI BERLABUH TANPA KEBENARAN

KAPAL-2.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 16 NOV: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran petang semalam di Perairan Johor Timur.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki dengan tanda nama “Roil Orchird” sepanjang 249 Mlmeter berdaftar di Majuro, Marshall Islands ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada jam 4.15 petang.

Katanya, kapal itu ditahan ketika sedang bersauh di kedudukan lebih kurang 11.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Penawar.

Advertisement

“Kapal yang dikendalikan oleh 23 kru termasuk nakhoda warga India dan Ghana berumur lingkungan 19 hingga 59 tahun itu ditahan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut serta tanpa apa-apa notifikasi pemakluman kecemasan.

”Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut yang mana jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, dua kru terkanan kapal tangki tersebut diturunkan dan dibawa ke ZMTS untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Tegasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur agar undang-undang sentiasa dipatuhi.

“Justeru, pemilik kapal sentiasa diingatkan agar memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebelum melabuhkan sauh,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top