BM | EN | 中文

APMM tahan kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran di Tanjung Siang, Kota Tinggi

APMM-tahan-kapal-tangki-berlabuh-tanpa-kebenaran-di-Tanjung-Siang-Kota-Tinggi.jpg

APMM tahan sebuah kapal tangki jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) pada jarak 13 batu nautika timur laut Tanjung Siang di perairan Johor Timur petang semalam atas kesalahan berlabuh tanpa kebenaran (Gambar Ehsan APMM)

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki Pengangkut Muatan Besar (VLCC) di perairan Johor Timur dekat Kota Tinggi semalam, kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal yang berdaftar di Singapura itu ditahan kapal peronda APMM pada 2.15 petang, di kedudukan 13 batu nautika timur laut Tanjung Siang, selepas gagal mengemukakan sebarang kebenaran untuk berlabuh.

Mohd Zulfadli berkata kapal itu dikendalikan 22 kru lelaki termasuk seorang nakhoda dengan kru merangkumi warga Ukraine, China, Myanmar, Rusia serta Georgia yang dianggar berusia 19 hingga 61 tahun.

“Penahanan melibatkan kapal berlabuh tanpa kebenaran ini merupakan kes kali keempat yang direkodkan setakat Ogos ini.

“Justeru, pemilik kapal atau pengusaha perkapalan diminta memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan atau segera beredar kerana pihak Maritim (APMM) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top