BM | EN | 中文

APMM RAMPAS 20 BUBU NAGA DI PERAIRAN BATU PAHAT

Malaysian_Maritime_Enforcement_Agency_apmm.png
Advertisement

BATU PAHAT, 4 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat merampas 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya di perairan Sungai Ayam, di sini, petang semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohammad Othman berkata pihaknya menemui bubu berkenaan, yang dikenali sebagai bubu naga itu ketika beberapa anggota melakukan rondaan.

Katanya, ketika rondaan pada pukul 5 petang, anggota bertugas telah terserempak dengan dua lelaki sedang memasang bubu itu berhampiran dengan sebuah bot fiber yang tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran.

Advertisement

“Menyedari kehadiran kami, kedua-dua mereka melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek serta meninggalkan bubu naga ini bagi mengelakkan diri mereka daripada ditahan.

“Kesemua bubu naga tersebut dirampas kerana penggunaannya menyalahi peraturan di bawah Akta Perikanan 1985. Penggunaan bubu jenis ini boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif dengan turut memerangkap anak-anak ikan yang boleh menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan para nelayan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Advertisement

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top