BM | EN | 中文

APMM Johor gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1.95 juta

Agensi-Penguatkuasaan-Maritim-Malaysia-APMM.png
Advertisement

BATU PAHAT, 14 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 39 kilogram (kg) bernilai RM1.95 juta menggunakan sebuah bot gentian kaca di perairan Muar, dekat sini, awal pagi ini.

Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata is hasil serbuan APMM Zon Maritim Batu Pahat ke atas bot tanpa nombor pendaftaran itu yang dikesan bergerak di kedudukan sekitar 1.6 batu nautika tenggara Sungai Kesang, Muar, pada jam 1.30 pagi.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot gentian kaca disyaki dikendalikan seorang lelaki memecut laju ke kawasan hutan bakau berhampiran dan bertindak terjun meninggalkan bot, seterusnya melarikan did ke hutan bakau,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Advertisement

Katanya hasil pemeriksaan, pihaknya menemukan dua beg hitam, masing-masing mengandungi 19 bungkusan teh Cina mengandungi serbuk kristal disyaki syabu.

Beliau berkata sindiket dipercayai membawa masuk dadah tersebut dari negara jiran di utara semenanjung sebelum diseludup ke Indonesia.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot gentian kaca dan enjin dianggarkan bernilai RM1.97 juta,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata sejak Januari hingga kini, APMM Johor merampas 121kg dadah jenis syabu bernilai RM6.05 juta di empat lokasi di perairan Muar dan satu di perairan Sungai Pulai di Tanjung Pelepas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top