BM | EN | 中文

APMM hantar barangan keperluan asas ke lima pulau di Mersing

apmm-bantuan-covid-19-mersing.jpg

Gambar Ehsan FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Advertisement

MERSING, 20 APR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor mengambil inisiatif menghantar bantuan bekalan barangan kepada 190 keluarga di lima buah pulau di Mersing bagi memastikan barangan keperluan asas di kawasan itu tidak terputus,

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kapt Maritim Sanifah Yusof berkata bekalan dihantar untuk masyarakat Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

Menurut laporan Bernama, operasi yang dijalankan selama dua hari bermula Ahad itu disertai kira-kira 50 pegawai dan anggota bersama kapal KM Tegas dan dua bot.

Advertisement

Antara keperluan asas yang diberikan ialah gula, minyak masak, beras, tepung, susu dan lampin pakai buang.

“Sumbangan ini diselaraskan oleh maritim negeri dengan bantuan Zon Maritim Mersing serta Pejabat Daerah Mersing.

“Kami berharap dengan bantuan ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk di pulau berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan keperluan asas kepada penduduk di Pulau Pemanggil.

Advertisement

Penghantaran pertama bekalan keperluan asas yang diselaraskan oleh maritim negeri disumbangkan oleh beberapa syarikat korporat dan penambahan daripada Pejabat Daerah Mersing sendiri.

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Tinggi Rossana Hussin berkata, setakat ini bekalan makanan di pulau berkenaan masih mencukupi.

Sebelum ini, penduduk di situ juga telah menerima barangan keperluan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor menerusi Pejabat Daerah Mersing.

Advertisement

“Setakat ini, tiada lagi penduduk yang mengadu tidak ada makanan ataupun tidak mencukupi.

“Sejak fasa pertama perintah kawalan pergerakan walaupun penduduk di sini kebanyakannya nelayan, tetapi sudah bersedia dengan stok makanan dan masih ada lagi,” katanya.

Beliau berkata, di pulau berkenaan juga ada terdapat dua kedai runcit dan penduduk juga masih boleh ke darat membeli barangan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top