BM | EN | 中文

APMM GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BURUNG, KAPAL PENGANGKUT GAS ASLI CECAIR TURUT DITAHAN

IMG-20191113-WA0011.jpg
Advertisement

 

KOTA TINGGI, 13 NOV : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran di perairan Pengerang kerana disyaki cuba menyeludup keluar pelbagai jenis burung, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, bot tersebut berjaya ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia kira-kira 5 batu nautika Tenggara Tanjung Setapa lebih kurang jam 10.35 malam.

Advertisement

“Hasil maklumat awam, bot tersebut dikendalikan oleh dua orang kru dan berjaya ditahan selepas berlaku adegan kejar mengejar.

“Setelah pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa lebih kurang 40 sangkar burung jenis bakul dipercayai membawa pelbagai jenis burung termasuk burung murai batu iaitu satu spesis dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

“Pihak kami percaya burung itu cuba diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM45,000 termasuk bot.

Advertisement

“Kes turut mendapat bantuan penuh Perhilitan Johor untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 60 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebuah kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) berdaftar di Hong Kong juga berjaya ditahan kapal peronda maritim di perairan Permatang Timur, Pantai Timur Johor lebih kurang jam 5 petang.

Mohd Zulfadli berkata, kapal tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Advertisement

“Jika didapati bersalah mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kru bot bersama pelbagai jenis burung yang disyaki cuba diseludup keluar dari Malaysia.

“Penahanan itu bertujuan untuk operasi pencegahan kejadian rompakan di laut dan kecurian terhadap kapal yang bersauh tanpa kebenaran khususnya di Perairan Permatang Timur, Tompok Utara dan Beting Ramunia,” katanya lagi.

Jelasnya, APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Advertisement

Justeru, pemilik kapal diingatkan supaya memohon kebenaran terlebih dahulu

daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebelum melabuhkan sauh.

JohorKini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top