BM | EN | 中文

APMM GAGALKAN CUBAAN PATI MASUK MALAYSIA SECARA HARAM

PATI.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 NOV : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menahan seramai lapan lelaki dan dua wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk tekong bersama seorang pembantu warga Indonesia yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 10.20 malam tadi di kedudukan 3.6 batu nautika Selatan Tanjung Ayam melibatkan tangkapan PATI berumur lingkungan 14 hingga 43 tahun.

PATI yang ditahan

Menurutnya, kesemua mereka ditahan selepas pihak APMM berjaya memintas bot tersebut yang enggan memberi kerjasama ketika diminta berhenti untuk pemeriksaan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pemerdagagan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan dan menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

“Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Zulfadli berpesan khususnya warga Indonesia yang ingin datang ke Malaysia atau pulang ke kampung halaman supaya menggunakan laluan yang sah mengikut undang-undang tanpa perlu menggadai nyawa.

Jelasnya, Maritim Malaysia sentiasa serius untuk memastikan keselamatan bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut.

“Kawalan keselamatan juga akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut untuk masuk dan keluar memandangkan cara ini amat merbahaya.

Advertisement

“Sindiket penyeludupan manusia dilihat tidak menghargai nyawa penumpang mereka demi keuntungan semata-mata,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top