BM | EN | 中文

APMM Batu Pahat tahan bot barter trade, rampas dadah disyaki syabu

Agensi-Penguatkuasaan-Maritim-Malaysia-APMM.png
Advertisement

BATU PAHAT, 6 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat menahan sebuah bot barter trade dan merampas dua paket kecil dadah disyaki syabu daripada seorang kru bot terbabit di Jeti Minyak Beku, dekat Batu Pahat, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Othman berkata bot ronda APMM yang melakukan rondaan di sekitar perairan Batu Pahat telah mengesan bot berkenaan pada kira-kira 6.00 petang

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan tiga lelaki warga Indonesia berumur antara 25 dan 46 tahun yang kesemuanya memiliki dokumen pengenalan diri katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Mohammad berkata pemeriksaan lanjut ke atas kesemua lelaki menemukan dua paket kecil serbuk kristal disyaki syabu seberat 0.3 gram dan 0.71 gram dari dalam poket seluar seorang daripada mereka.

Turut dijumpai satu set peralatan yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah di dalam bot terbabit dan kesemua kru serta barangan rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau menasihatkan orang ramal agar membuat aduan mengenal sebarang kejadian jenayah maritim di perairan Johor barat dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian utama 07-434 4020 yang beroperasi 24 jam.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top