BM | EN | 中文

Aplikasi SELangkah ditambahbaik, premis terdedah Covid-19 boleh dikesan

Dato-Menteri-Besar-Selangor-Amirudin-Shari.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 2 OKT: Kerajaan Selangor menambahbaik aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi kemudahan orang ramai mengesan premis terdedah dengan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengesanan menerusi ciri ‘peta dan semakan premis’ itu turut membolehkan pengguna mengetahui tarikh sanitasi premis bagi memastikan kunjungan mereka selamat.

Beliau berkata ciri kedua yang ditambah ialah ‘semakan kendiri’ iaitu boleh membuat semakan silang ‘cross check’ bagi mengetahui status premis dikunjungi mereka berisiko dalam tempoh kuaratin.

Advertisement

“Dalam masa terdekat, pengguna boleh memeriksa sama ada terdedah kepada individu lain yang telah disahkan menghidap Covid-19 menerusi SELangkah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari, lapor Media Selangor.

Beliau turut menggesa semua peniaga di negeri ini mempamerkan poster aplikasi itu secara jelas supaya pengguna dapat mengimbas masuk menggunakannya.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan SELangkah diwajibkan bagi premis kerajaan dan perniagaan, ia sebagai Syarat Tambahan Pembukaan Semula Ekonomi Selangor melalui pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 3 Mei lalu,” katanya hari ini.

Advertisement

SELangkah mula diperkenalkan 4 Mei lalu bagi menjejak jangkitan virus di premis perniagaan atau pejabat bagi memudahkan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung.

Ia hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top