BM | EN | 中文

Aplikasi MySejahtera perlu ditingkat fungsi, libatkan data terbuka

mysejahtera.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai Tan Hong Pin mencadangkan kerajaan mempertingkatkan fungsi aplikasi MySejahtera untuk menyokong inisiatif data terbuka.

Katanya, setelah sembilan bulan Malaysia berdepan dengan ancaman Covid-19, masih tiada lagi data terbuka kepada orang awam dan ini suatu perkara yang tidak boleh diterima.

Menurut Hong Pin, cariannya pada portal data terbuka kerajaan pada www.data.gov.my dengan kata kunci ‘Covid’ ataupun ‘Coronavirus’ masih menunjukkan “Tiada data set dijumpai”.

Advertisement

“Langkah pertama yang harus dilakukan oleh kerajaan dalam isu ini adalah dengan memuatnaik data yang terkini di laman web rasmi www.data.gov.my.

“Seterusnnya, kerajaan wajar mengumumkan serta merta butiran pergerakan semua kes-kes positif tanpa membongkarkan identiti pesakit untuk melindungi hak dan keperipadian mereka bagi membolehkan orang awam menilai risiko pergerakan sendiri.

“Ia juga membenarkan pakar-pakar dalam bidang profesional tertentu membina aplikasi yang mungkin dapat membantu kita menilai risiko dan mendapat maklumat yang lebih sempurna.

Advertisement

“Aplikasi kerajaan MySejahtera yang kini digunakan secara meluas boleh dipertingkatkan fungsinya untuk menyokong inisiatif data terbuka,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini menyeru semua pihak berganding bahu untuk terus mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapan dan memutuskan segera rantaian bagi membina semula ekonomi serta pekerjaan.

Katanya rakyat tidak mampu lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua yang dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara secara menyeluruh.

Advertisement

“Usaha barisan hadapan sebelum ini jangan diremehkan sebaliknya harus diperkukuhkan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top