BM | EN | 中文

Apakah komitmen kerajaan terhadap 3.5 juta warga emas dalam vaksinasi Covid?

tan-hong-pin-adun-skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 MEI: Adun Skudai, Tan Hong Pin menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan komitmen terhadap 3.5 juta warga emas dalam vaksinasi Covid.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hong Pin turut menggesa kerajaan untuk memastikan sama ada warga emas yang tinggal di kawasan luar bandar tidak tertinggal daripada program vaksinasi.

“Dua soalan di atas membakar dalam minda saya belakangan ini dan ingin saya tujukan kepada Menteri Vaksin Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba,” kata Hong Pin.

Advertisement

Menurut beliau, dalam tempoh sebulan sejak Fasa Kedua Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) bermula pada 19 April 2021, sejumlah 978,444 dos vaksin Covid-19 telah pun diberi kepada penduduk di seluruh Malaysia.

Difahamkan, seramai 602,292 orang mendapat suntikan dos pertama dengan di Johor, sejumlah 84,404 dos vaksin diberi di mana hanya 44,326 orang mendapat suntikan dos pertama.

Namun katanya, dalam tempoh itu juga, seramai 710 nyawa terkorban.

Advertisement

“Ramai yang telah memberi komen berkenaan kadar vaksinasi yang dilihat agak perlahan. Kita faham bekalan vaksin yang terhad adalah faktor penghalang utama.

“Namun tidak dinafikan rakyat semakin gelisah dan hilang kesabaran apabila kes positif serta kematian semakin meningkat mencecah rekod baru hampir setiap hari.

“Semakin ramai keluarga yang hilang saudara, kebanyakannya golongan usia emas, akibat penyakit Covid-19.

Advertisement

“Antara golongan usia emas, ramai yang telah berdaftar sejak bulan Febuari dan menunggu giliran masing-masing untuk menerima vaksin,” ujarnya lagi.

Justeru itu beliau menegaskan adalah menjadi tanggungjawab agar semua warga emas divaksin diberi sekarang, tanpa mengia siapa mereka dan di mana mereka berada.

“Kita harus berkempen dan bekerja keras untuk melindungi hak mereka dan nyawa mereka,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top