BM | EN | 中文

“Apakah jawatan, kedudukan serta habuan membuatkan lidah mereka kelu?

Ustaz-Azam-Razak.png
Advertisement

MERSING, 5 MEI : Asatizah Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor hari ini mempersoalkan sikap parti Pas yang dilihat mutakhir ini mendiamkan diri dalam isu yang sering dibangkitkan mereka,

Menurut ketuanya Azam Razak. parti Pas dilihat tidak bersungguh-sungguh dan jujur dalam memperjuangkan isu-isu yang selama ini dilaungkan mereka.

Katanya, perkara berbangkit seperti isu kedai judi, pemandu mabuk dan sebagainya yang sebelum ini begitu hangat dibangkitkan, namun kini tidak bersuara dan sepi setelah menjadi sebahagian dari kerajaan.

Advertisement

“Hairan bila Pas mendiamkan diri dalam isu-isu yang mana sebelum ini merekalah menjadi jaguh serta juaranya.

“Isu pemandu mabuk, kedai judi, faedah bank dan banyak lagi sehingga ketika ini tidak ada hujah bernas dan perbahasan kaedaan untuk mengatasi segala permasalahan tersebut dari Pas.

“Persoalan yang timbul apakah disebabkan jawatan, kedudukan serta habuan kuasa yang telah diterima sehingga membuatkan mereka diam serta kelu lidah atau seketika menjadi bisu?

Advertisement

“Ianya menggambarkan sikap dan kejujuran Pas dalam membawa isu tersebut.

“Hakikatnya hanya wayang bagi mengaburi mata orang ramai,” kata Azam yang juga Pengerusi Biro Dakwah Amanah Johor.

Beliau turut mempersoalkan sikap dan pendirian Pas yang sebelum ini mempergunakan sentimen agama bagi meraih sokongan disaat mereka menjadi pembangkang.

Advertisement

“Mengapa perlu takut kehilangan jawatan untuk membicarakan perkara yang hak?

“Tindakan mereka yang membelakangi suara dan mandat rakyat seperti mengambilalih tampuk kerajaan tanpa piliharaya melalui persengkongkolan dengan pengkhianatan menggambarkan hakikat serta sikap sebenar perjuangan mereka.

“Kita akan lihat bagaimana Pas mempergunakan dalil baru bagi mencari jalan keluar untuk merelakan apa yang dilakukan oleh mereka hari ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top