BM | EN | 中文

Apa status siasatan dalaman isu kartel polis? – Gobind

Gobind-Singh-Deo.png

Gambar Ehsan NSTP

Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 APR: Status siasatan dalaman berkaitan isu kartel polis yang didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador antara sepuluh soalan diajukan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kepada perdana menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Gobind turut menggesa kerajaan memberi penjelasan berhubung kewujudan masalah dalam Jabatan Integriti PDRM.

“Saya berpendapat bahawa kedua-dua isu ini merupakan masalah serius yang mempunyai kesan negatif kepada PDRM.

Advertisement

“Saya berpendapat kerajaan Perikatan Nasional telah gagal menangani masalah ini.

“Walaupun perkara ini di dalam pengetahuan umum dan dibincangkan secara umum melebihi sebulan, Perdana Menteri masih belum mengambil sebarang pendirian tegas dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Gobind, Perdana Menteri harus memainkan peranan dalam hal sebesar itu untuk meyakinkan rakyat bahawa tindakan akan diambil untuk membersihkan PDRM daripada masalah kartel dan rasuah selain mengukuhkan jabatan integriti dengan segera.

Advertisement

Malangnya, kata beliau, perkara penting sebegini tidak dapat dibahas di dalam Dewan Rakyat kerana Negara kita sedang berada dalam darurat di mana Parlimen tidak bersidang.

“Jika tidak, sudah pasti saya dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang lain akan membangkitkannya di Dewan Rakyat,” tegasnya lagi.

Berikut adalah 10 soalan yang diajukan Gobind kepada Muhyiddin:

Advertisement

1. Adakah benar bahawa wujudnya kartel dan budaya rasuah dalam PDRM sepertimana didedahkan oleh KPN?
2. Adakah ianya melibatkan pegawai-pegawai kanan polis sepertimana didedahkan?
3. Sekiranya benar, bukankah rasuah itu perkara dalam bidangkuasa SPRM?
4. Kenapa tiada tindakan oleh SPRM dalam perkara ini?
5. Adakah benar bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard cuba lindungi salahlaku polis sepertimana didakwa?
6. Sekiranya benar, apakah tindakan yang akan diambil dan bila untuk menangani perkara ini?
7. Ada permintaan untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dan memberi cadangan berkenaan tindakan yang perlu diambil. Apakah pendirian kerajaan berkenaan perkara ini?
8. Apakah status siasatan dalaman yang diumumkan setakat ini?
9. Adakah kerajaan bersetuju bahawa kes-kes rasuah boleh dan harus disiasat secara dalaman dan adakah ini polisi baru kerajaan PN?
10. Sekiranya tidak, adakah benar bahawa kes ini disiasat secara dalaman oleh PDRM sahaja dan sekiranya ya, kenapa ianya berbeza dengan kes kes lain?

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top