BM | EN | 中文

Apa status medan selera bumiputera Bandar IOI di Segamat?

Status-Medan-Selera-Bandar-IOI-Segamat-dipersoal.jpg

SEGAMAT, 22 OGOS: Status medan selera bumiputera Bandar IOI Segamat kini menjadi tanda tanya apabila bangunan yang menempatkan puluhan kedai sehingga kini masih belum beroperasi.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata premis itu dijadual siap pada 18 Disember 2017 namun sehingga kini masih belum beroperasi.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor

Beliau yang meninjau ke tempat tersebut memaklumkan bahawa kerja penyiapan bangunan itu terbengkalai semenjak dua tahun lalu.

“Isu bila bangunan akan beroperasi telah dibangkitkan dalam mesyuarat tindakan daerah. Sehingga bertukar tiga YDP Majlis Perbandaran Segamat, medan selera tersebut masih belum beroperasi.

“Ramai yang bertanya kepada kami kerana mereka ingin menyewa tempat tersebut.

“Projek jutaan ringgit ini perlu diaudit dan dikenalpasti punca kelewatan tiga tahun dari tarikh asal. Perkara ini penting kerana melibatkan kepentingan awam dan pembangunan ekonomi daerah Segamat.

Papan tanda projek medan selera bumiputera Bandar IOI Segamat

Dr Sulaiman yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata sebelum ini terdapat juga iklan sewaan premis, namun kini telah tiada.

“Para peniaga akan hilang peluang perniagaan apabila bangunan yang saya faham dianggar menelan belanja sekitar RM3 juta untuk dibangun tidak dapat dimanfaat.

“Apabila sesuatu projek, khususnya yang melibat dana besar jauh lewat dari tarikh jadual siap, pelbagai persepsi akan timbul.

“Kita perlu telus kepada rakyat agar mereka benar faham punca kelewatan, serta menangkis sebarang kecuaian dan salah laku, jika benar tidak berlaku” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top