BM | EN | 中文

“Apa status komputer riba yang dijanjikan? – Ahli parlimen Kulai

teo-nie-ching-mp-kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 4 JUN: Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menggesa kerajaan menyatakan status pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan pada November 2020 lalu.

Nie Ching dalam satu hantaran status di Facebook-nya semalam berkata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu segera menjawab persoalan ini.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, semakin jelas para pelajar khususnya yang kurang berkemampuan semakin menderita dan pasti lebih ramai akan tercicir kerana ketiadaan alat peranti elektronik.

Advertisement

“Daripada 150,000 unit komputer riba yang dijanjikan, berapa buah unit telah diserahkan kepada pelajar B40?” Soalnya.

Pada 3 Jun lalu, media melaporkan seorang pelajar terpaksa berulang-alik 20km ke rumah temannya untuk meminjam komputer riba bagi tujuan pembelajaran, telah mendapat perhatian hebat masyarakat seluruh negara.

Laporan itu memuatkan kisah pelajar tingkatan lima, Anis Natasha Junoh yang juga merupakan anak yatim piatu, perlu ke rumah rakan sekelasnya yang terletak 10km dari rumahnya untuk meminjam komputer riba dan mendapatkan capaian internet.

Advertisement

Laporan itu menyebabkan banyak pihak mempersoalkan kelewatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menunaikan janji mereka dalam Belanjawan 2021, iaitu pemberian 150,000 komputer riba kepada anak-anak pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara.

Warganet turut menyatakan rasa tidak puas hati di media sosial kerana kerajaan PN seolah-olah memejamkan mata, diam membisu berkenaan isu pemberian komputer riba yang telah mereka janjikan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top