BM | EN | 中文

Apa rancangan kerajaan Johor rangsang ekonomi pasca Covid-19?

aminolhuda-hassan-adun-parit-yaani-Amanah.jpg

JOHOR BAHRU, 29 MEI: Kerajaan Johor dilihat masih belum mengemukakan rancangan bagi merangsang ekonomi negeri selain usaha menangani kesan pandemik Covid-19 selepas penularan wabak itu berakhir.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, selain merangka hasil, kerajaan negeri disarankan memberi tumpuan kepada tahap ekonomi rakyat yang terkesan teruk akibat Covid-19.

Katanya, ia telahpun mula dirasai dan rakyat kini hidup dalam keadaan tertekan, malah dibimbangi mendatangkan perkara negatif sekiranya tidak dapat diselesaikan.

“Kita maklum Covid-19 melibatkan seluruh dunia, namun antara cara lain bagi mengendalikan ekonomi negeri dengan baik adalah membuka peluang kepada industri untuk beroperasi di negeri ini sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Dari segi pelaburan pula, kerajaan harus lebih proaktif meyakinkan pelabur untuk melabur dengan membuka peluang industri luar mengusahakan produk mereka ke negeri ini.

“Sepertimana yang kita ketahui, pengangguran rakyat di negeri ini kian meningkat akibat pembuangan pekerja dari sektor tertentu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan Mac lalu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Adun Parit Yaani berkata, Belanjawan Johor 2020 yang dibentangkan November 2019 memberi tumpuan kepada program besar seperti Tahun Melawat Johor (TMJ 2020) dan Sukma Johor 2020.

Namun katanya, program-program itu tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 yang turut menjejaskan industri pelancongan, perumahan dan sebagainya.

“Sehingga hari ini kita masih tidak dapat melihat rancangan yang mampan dalam usaha membentuk semula ekonomi.

“Kerajaan PN perlu segera mengadakan rangsangan demi kesinambungan perolehan negeri.

“Perkara ini perlu dilihat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN),” ujarnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top