BM | EN | 中文

Apa perlu lantikan TPM dan Menteri Kanan saat rakyat berlapar dan dikurung?

Hishammuddin-Hussein-and-Ismail-Sabri-Yaakob.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 JUL: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan tindakan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lantikan jawatan timbalannya dan menteri kanan ketika rakyat bergelut kesukaran hidup.

Katanya, ketika ada di kalangan rakyat terpaksa mengibar bendera putih untuk mendapatkan bantuan, pengumumam yang dibuat perdana menteri semalam mengecewakan rakyat.

“Apa kena-mengena perlantikan jawatan-jawatan baru dalam kabinet pada saat rakyat lapar dan dikurung ketat di rumah?

Advertisement

“Apa perlunya perlantikan baru itu dan ini dalam kabinet yang ‘buncit’ sedangkan poket rakyat semakin kempis.

“Lantikan TPM dan Menteri Kanan hanyalah cerita tentang ‘perut’ orang politik, bukan cerita tentang rakyat. Ia tak mampu pun kenyangkan perut rakyat,” ata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kerajaan perlu merasa malu apabila rakyat yang perlu menjaga kebajikan sesama rakyat, ketika tiada polisi yang berkesan dibuat oleh kerajaan PN.

Advertisement

“Mereka faham makna simpati. Mereka faham erti empati untuk menolong jiran tetangga serta komuniti sekeliling mereka.

“Ada yang kehabisan barang keperluan dapur, tiada wang lagi untuk membayar hutang piutang. Ketika ini adalah saat paling perit buat rakyat.

“Saya harap kerajaan masih ada rasa malu. Ada rasa empati. Paling-paling tidak, malulah kepada rakyat. Yang perutnya terus diikat. Yang ramai depressi, tak kurang juga yang mati bunuh diri,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top