BM | EN | 中文

Apa nasib Timbalan Menteri ‘pakar’ Fiqh Tabayyun?

fiqh-tabayyun-wan-ahmad-fayhsal.jpg
Advertisement

Oleh: Abdullah Fikri Bariman

Setia dengan prinsip dan kebenaran adalah ‘komoditi’ mahal ketika ini. Luaran nampak baik belum tentu setia, belum tentu tidak tergoda dengan tawaran jawatan yang mengiurkan.

Dalam dunia politik, dari waktu sarapan pagi membawa ke makan malam adalah satu jangka masa yang cukup lama. Lihat saja ‘Langkah Sheraton, pertemuan malam itu meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Langkah Sheraton

Malam 23 Februari menjelmakan satu sisi yang sangat jelek hingga terserlah jiwa rakus manusia yang boleh dijual beli. Berlaku transaksi besar-besaran seperti pasar borong.

Ahli Parlimen yang sepatutnya memikul amanah rakyat sangat mudah berpaling tadah menukar arah. Dalam banyak-banyak wajah, tiada yang menghairankan kecuali dengan tidak semena-mena seorang pegawai tugas khas menteri telah membuat ‘pecutan’ di selekoh akhir.

Advertisement

‘Pengkhianat’

Terkejut besar rakan taulan. Bagaimana pejuang isu 1MDB ini boleh duduk semeja, ‘mentaharahkan’ kesemuanya ‘penyangak’ yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Baru saja membuat satu hantaran di laman Facebook pada 29 Februari bersama pasukan Armada lalu mengambil kata-kata Soekarno tentang pemuda, tiba-tiba pada 6 Mac berlaku sebaliknya.

Jika nak khianat, khianat sajalah. Tidak perlu bersulamkan dalil. Datang pula Fiqh Tabayyun, menunggang agama membenarkan segala tindak tanduk mengkhianat rakan-rakan Armada yang lain.

Advertisement

Ibrahim Ali lebih bermaruah. Bagaimana seorang yang sering menisbahkan diri sebagai anak murid Al-Attas tergamak melakukan perkara ini?

Bagaimana perjuangan selama 22 bulan bersama (Ketua Pemuda Armada) Syed Saddiq? Adakah pemimpin seperti ini dijulang ke singgahsana kuasa? Jika tidak diberikan jawatan Timbalan Menteri, adakah (beliau) akan menyokong kerajaan Tan Sri Muhyiddin?

Apakah nasib Bersatu menjelang PRU-15?

Advertisement

Kita tahu, gabungan Bersatu dalam komponen PH adalah untuk memenangi suara Melayu konservatif khususnya di luar bandar yang secara tradisinya milik UMNO. Pada PRU-14, Bersatu akan diletakkan melawan UMNO.

Kita jelas bahawa UMNO memang ‘pelahap’. Lihat sahaja kesannya selepas Langkah Sheraton. Kerusi Menteri Besar Johor milik Bersatu telah jatuh ke tangan UMNO. Jadi, untuk PRU-15 ini dimanakah Bersatu akan bertanding?

Dimanakah ‘Pakar Fiqh Tabayyun’ akan bertanding PRU-15?

Advertisement

Timbalan Menteri ini dilihat bergerak aktif di Parlimen Titiwangsa. Jika kita melihat sejarah kerusi Titiwanga yang ketika ini disandang oleh Rina Harun, kerusi ini pernah dimenangi oleh Datuk Johari (BN) pada PRU-13 dan Dr Lo’ Lo’ daripada parti Pas pada PRU-12.

Selangor jelas merupakan kubu kuat PH, dan sebelum itu Pakatan Rakyat. Sungguhpun di kawasan Titiwangsa merupakan majoriti Melayu tetapi peluang untuk menang sangat tipis buat ‘pakar fiqh tabayyun’ ini. Saya yakin pakar ini tidak berani untuk bertanding kerusi Parlimen di Selangor.

Fortuna Senator

Advertisement

Ketika ini fortuna memihak kepada kerajaan PN. Tan Sri Muhyiddin berjaya mengawal emosi dan keadaan Malaysia dengan baik tatkala wabak Covid-19. Namun, tidak lama lagi kerusi Ketua Armada akan dipertandingkan. Inilah ujian pertama kewibawaan senator termuda bakal terserlah bercahaya atau terlungkup.

Kerusi ini akan dicabar oleh tiga calon. Pastinya tekanan akan memuncak kepada senator termuda ini untuk mendapatkan kerusi Ketua Armada.

Tidak dapat dibayangkan sekiranya Ketua Armada masih lagi disandang oleh YB Syed Saddiq selepas pemilihan itu. Apakah akan ada ‘fiqh baru’ yang diratibkan?

Advertisement

Abdullah Fikri Bariman
Penulis adalah pembaca laman Johorkini dari Batu Pahat, Johor.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top