BM | EN | 中文

“Apa lagi PAS mahu?

Bendera-Pas-parti-PAS.jpg
Advertisement

MERSING, 22 JUN: Tindakan dan keputusan parti PAS yang semakin kucar-kacir dalam membawa agenda kerajaan hari ini terus dipersoalkan.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Azam Razak berkata, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang melabelkan Pakatan Harapan (PH) sebagai golongan yang melampau terhadap Islam dilihat bercanggah dengan pandangannya sendiri.

“Tindakan melabel orang lain sebagai pelampau terhadap agama Islam dilihat salah dan ini boleh memecah belahkan sesama umat Islam.

Advertisement

“Mereka (PAS) dah jadi kerajaan, Tak perlu banyak bercakap. Buat sahaja tindakan dan rakyat hari ini memerlukan tindakan bukan cakap-cakap kosong.

“Hentikan salahkan orang lain yang tidak bersependapat terhadap mereka. Apa yang perlu Pas buktikan mereka mampu membawa Islam sebagai teras perjuangan mereka.

“Bukankah mereka hari ini sudah menjadi kerajaan jadi kotakan sahaja apa janji mereka sebelum ini. Apa lagi yang PAS dan Hadi Awang mahu? kata Azam.

Advertisement

Dalam satu laporan media, Abdul Hadi dikatakan melabel PH sebagai “melampau terhadap Islam” dengan saranan mengharamkan orang ramai bersama gabungan itu.

Dalam catatan tersebut Abdul Hadi mengulas pesanan Nabi Muhammad SAW kepada orang beriman agar bijak menghadapi cabaran sama ada daripada kawan atau lawan.

Duta khas perdana menteri bertaraf menteri itu juga memberi nasihat kepada orang muda berkenaan keadaan dalam negara.

Advertisement

Katanya untuk generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu, mereka tidak boleh mudah terpengaruh dengan media tanpa sempadan kerana didakwanya akan membawa penyesalan di dunia dan akhirat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top