BM | EN | 中文

Apa keperluan Rina Harun tambah 8,000 kakitangan kontrak KPWKM?

Hannah-Yeoh-MP-Segambut.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Pertambahan 8,000 kakitangan secara kontrak seperti diumumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun baru-baru ini dilihat tidak mencerminkan keperluan sebenar JKM di lapangan.

Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kakitangan JKM adalah seramai 6,000 orang dan penambahan itu menimbulkan persoalan.

“Bagaimana boleh berlaku pertambahan kakitangan secara kontrak sejumlah 8,000 orang hanya untuk sebuah agensi kerajaan sahaja?

Advertisement

“Jika Menteri serius mengenai penstrukturan semula JKM ini, beliau terlebih dahulu perlu memberi keutamaan kepada pertambahan pegawai pelindung kanak-kanak iaitu sekitar 1,500 orang, pegawai psikologi dan pegawai kebajikan yang perlu membuat siasatan ke atas permohonan bantuan yang diterima,” kata Hannah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan cadangan penstrukturan semula ini telah dibuat semasa pentadbiran KPWKM diterajui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia katanya selepas audit dan Kajian Pengurusan Organisasi JKM yang dilakukan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bermula Disember 2018 hingga Mei 2019.

Advertisement

Dalam pada itu kata Hanah, Rina Harun diingatkan tidak sesekali mengisi kekosongan jawatan kontrak 8,000 ini sebagaimana beliau melantik sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang dibayar elaun.

Difahamkan sehingga kini Rina masih belum menafikan dakwaan bahawa mereka merupakan ahli Srikandi Bersatu.

Justeru Rina diingatkan untuk tidak menjadikan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai cabang politiknya.

Advertisement

“Kerja kebajikan sosial tidak sama dengan kerja politik.

“Beliau harus membuktikan komitmen bermula dengan pembentangan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial terlebih dahulu dan pelantikan lebih ramai pegawai pelindung kanak-kanak serta memastikan mereka mendapat latihan yang secukupnya.

“Ini bukan persoalan lantikan sukarelawan politik, ini persoalan nyawa kanak-kanak yang sedang dipertaruhkan,” ujar Hannah lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top