BM | EN | 中文

Apa kata mereka tentang 2020???

poster-2020-01-scaled.jpg
Advertisement

JohorKini berkesempatan menemuramah masyarakat pelbagai lapisan untuk mendapatkan harapan atau pandangan mereka terhadap Malaysia serta Johor. Jom kita tengok apa orang Johor nak.

Suri rumah, Zaiton Othman, 60,
“Saya berharap lebih banyak bantuan dapat diberi kepada golongan warga emas. Ini kerana masih ramai warga emas yang perlu terus bekerja untuk mencari pendapatan menyara keluarga,”.

Bekerja sendiri, Mas Hassan Zulkifli, 37,
“Kerajaan negeri perlu memperluas lagi program berbentuk khidmat masyarakat kepada rakyat yang memerlukan. Ini kerana masih ramai antara kita yang kurang bernasib baik,”.

Advertisement

Pekerja swasta, Siti Maishara Supaid, 34,
“Harapan saya pada tahun 2020 adalah agar rakyat berbilang kaum di negara ini dapat kembali hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang permasalahan. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat terdiri daripada pelbagai latar belakang,”.

Peniaga, Zul Aqmar, 28
“Saya mengharapkan agar kerajaan lebih fokus terhadap isu berkaitan ekonomi, sosial dan kemajuan lestari negeri agar rakyat dapat bergerak seiring maju bersama Wawasan Makmur Bersama 2030”

Advertisement

Pengembara, Tasyrif Zamanee ,42
“Harapan agar Kerajaan Johor seharusnya lebih efisien dengan idea-idea yang menarik di dalam menggalakkan dan menghidupkan sektor pelancongan negeri agar Johor menjadi ‘Hub Pelancongan Utama’ di bahagian selatan tanah air.
“Dengan ini ianya pasti akan dapat menjana ekonomi negeri dan menjadikan pelancongan di Johor sebagai satu daya tarikan utama, sesuai dengan jolokan ‘Permata Selatan’,”.

Peniaga, Fakharuddin Moslim, 32
“Harapan bagi golongan muda menjelang 2020 ialah kerajaan memperbanyak inisiatif bagi mengurangkan kos sara hidup, perbanyakkan peluang untuk meningkatkan taraf hidup sosial untuk semua golongan.
“Selain itu, indeks kemiskinan desa bandar harus sentiasa diperkemas supaya maklumat yang tepat tentang peratusan kemiskinan dapat diperolehi.
“Di 2020 juga, kerajaan mesti tegas mengawal berita tidak benar khususnya yang berlaku di media sosial. Ini kerana adakalanya berita itu boleh menimbulkan fitnah dan perbalahan kaum,”.

Penjawat awam, Nurulaini Mohd Kasran 37
“Semoga negeri Johor terus maju di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga berharap kerajaan akan terus memastikan rakyat Johor terbela nasibnya dan kerajaan terus memainkan peranan memajukan Johor menjadi antara salah sebuah negeri yang gah dalam Malaysia”

Advertisement

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzan Mohd Sebalas, 41
“Semoga Sukma yang berlangsung pada 2020 di Johor menjadi plattform dan pemangkin semangat para belia dalam Johor untuk lebih melibatkan diri dalam bidang sukan. Kita di peringkat belia daerah juga berharap usaha dilakukan kerajaan negeri melalui insentif yang diumumkan kerajaan dalam bajet Johor akan dimanfaatkan sepenuhnya sekali gus dapat mengurangkan masalah sosial dikalangan belia dengan penglibatan mereka dalam sukan,”.

Pekerja swasta, Masmazura Jamir, 38
“Saya berharap semoga kerajaan akan dapat terus melaksanakan pemerintahan dengan tulus seiring janji-janji yang ditawarkan ketika piliharaya, sentiasa memenuhi kehendak rakyat dengan mengutamakan kami dalam segala hal. Semoga rakyat Johor terus dapat menikmati kehidupan yang sejahtera pada tahun 2020 ini,”.

Kerani, Nursyahidatur’Aina Ahmad Bakhtiar, 29
“Semoga pada tahun 2020 ini, saya berharap banyak peluang pekerjaan akan disediakan bagi memberikan peluang kepada anak muda untuk menimba pengalaman, tidak kira bagi mereka yang baru menamatkan pelajaran ataupun mereka yang ingin mencari rezeki untuk membantu menampung keluarga mereka,”

Advertisement

Pegawai Perhubungan Awam, Raden Azwan, 28
“Berharap tahun 2020 kerajaan negeri akan memperkasa lebih banyak usaha membantu usahawan muda khususnya yang terlibat dalam bidang digital dan industri kreatif, ia bukan sahaja melalui bantuan geran kewangan tetapi juga melalui latihan meningkatkan kemahiran jangka panjang selaras dengan kehendak industri ketika ini,”

Eksekutif Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Kerajaan, Muhammad Ariff Mohamad Nizam, 27
“Sebagai anak muda, soal peluang pekerjaan dan kos sara hidup di samping hal pemilikan hartanah menjadi tumpuan dan semestinya cabaran pada tahun 2020. Ekonomi semasa pastinya akan memberi kesan kepada tiga aspek berkenaan.
“Justeru, saya berharap agar pihak Kerajaan dapat mewujudkan pakej ransangan ekonomi bagi menyuntik kitaran aktif terhadap ekonomi selain mengawal perumahan dengan harga mampu biaya dan selari dengan pendapatan semasa melalui dasar pro-rakyat,”.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Hazilah Buseri, 38
“Harapan saya pada tahun 2020 ini, keadaan ekonomi, politik dan sosial negara kita semakin bertambah baik, maju dan Makmur,”.

Advertisement

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Raja Aslinda Raja Muhammad,32
“Semoga tahun baru yang bakal tiba ini akan membuka lembaran yang lebih baik dan lebih bermakna kepada kita semua.
“Jadikan tahun 2020 sebagai tahun kejayaan kepada kita dalam meningkatkan kerjaya, ilmu, amal ibadah dan sebagainya.
“Meninggalkan 2019 dalam kenangan dan menyambut 2020 dengan penuh harapan dan kegembiran. Selamat Menyambut Tahun Baru 2020,”.

Peniaga dalam talian, Nik Azlina Nik Lah, 37
“Diharap kerajaan terus membantu rakyat dengan menurunkan harga barang berikutan kami terpaksa berdepan taraf hidup yang semakin meningkat. Perkara ini sangat dirasai terhadap mereka yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai,”.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top