BM | EN | 中文

Apa jadi dengan RUU gangguan seksual? – AWAN Johor

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 26 APR: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor menyuarakan kebimbangan berhubung beberapa kejadian gangguan seksual baru-baru ini yang berlaku terhadap pelajar sekolah menengah.

Mengulas isu berkenaan pemeriksaan darah haid pelajar perempuan di sekolah, Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok berkata tindakan itu pelaku dilihat melampaui batas.

Manakala tindakan seorang pengajar menjadikan rogol sebagai bahan jenaka tidak sepatutnya berlaku kerana menyentuh soal sensitiviti seorang pelajar perempuan dan tidak sepatutnya dijadikan gurauan.

Advertisement

Sehubungan itu, Nor Hayati mendesak agar kerajaan menyegerakan pembentangan RUU akta gangguan seksual.

“Kerajaan perlu bertindak segera menyelamatkan keadaan pelajar wanita yang diancam gangguan seksual di sekolah, selain menjadi mangsa bahan jenaka atau sindiran lucah di mana-mana sektor pendidikan.

“Seharusnya kerajaan perlu memberi respon segera terhadap isu ini serta mengambil tindakan segera dalam menyelamatkan lebih ramai wanita daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Advertisement

“Ia juga akan membuatkan pelajar perempuan di negara ini menjadi bimbang serta takut dengan perkembangan yang berlaku. Perkara ini serius,” ujarnya ketika dihubungi.

Adun Maharani itu menambah, pengisytiharan darurat yang merencatkan kuasa legislatif menghalang suara kebimbangan rakyat.

Tambahnya lagi, pembentangan akta gangguan seksual tersebut tidak dapat dibahaskan berikutan penggantungan kuasa legislatif.

Advertisement

“Inilah bahana bila proklamasi Darurat kuasa dikuat kuasakan sehingga segala perkara yang memberi kesan yang baik tidak dapat disuarakan dan dibahas.

“Akhirnya rakyat menjadi mangsa. Kerajaan perlu segera menangani masalah ini demi keselamatan pelajar serta wanita dalam negara ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top