BM | EN | 中文

Apa jadi dengan pembelian 87 juta dos vaksin yang diumum Muhyiddin?

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 24 OGOS: Kerajaan diminta mendedahkan status pembelian 87 juta dos vaksin seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud memetik laporan pada 16 Ogos lalu itu dan menggesa kerajaan membentangkan kepada umum status tempahan dos vaksin berkenaan.

“Pertikaian boleh berlaku apabila pengumuman yang mendakwa kabinet sebelum ini telah menempah 87 dos vaksin.

Advertisement

“Namun yang menjadi percanggahan apabila semalam Perdana Menteri yang baharu mengumumkan pembelian sebanyak 6 juta dos vaksin lagi.

“Berapa banyak sebenarnya dos vaksin yang telah ditempah oleh kerajaan setakat ini kerana ianya melibatkan duit dan kewangan negara,” jelasnya ketika dihubungi.

Sebelum ini Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa.

Advertisement

Beliau berkata, tempoh dua bulan ke hadapan ini amat penting kerana negara dijangka mencapai imuniti kelompok pada Oktober.

Namun dua hari lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembelian tambahan 6 juta lagi dos vaksin yang akan diterima menjelang awal September 2021.

Menurutnya, beliau optimis kejayaan program vaksinasi akan membolehkan orang ramai kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

Advertisement

Ismail Sabri berkata, fakta terkini pada 20 Ogos lalu membuktikan statistik kes harian Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top