BM | EN | 中文

Apa halatuju Majlis Rendah Karbon Johor?

Tan-Hong-Pin.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Adun Skudai, Tan Hong Pin meminta kerajaan Johor menjelaskan halatuju terkini Majlis Rendah Karbon Johor (Johor Low Carbon Council, JLCC) yang ditubuhkan pentadbiran terdahulu dalam usaha melestarikan alam sekitar seiring keperluan pembangunan negeri.

Hong Pin dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Bumi berkata, ini kerana kerajaan Pusat sendiri telah menggariskan enam pendekatan bagi mendepani perubahan iklim melalui Majlis Tindakan Perubahan Iklim (MyCAC) yang komited terhadap pengurungan pelepasan karbon.

“Tanda tanya halatuju JLCC ini timbul. JLCC yang dikemudi sekretariat bersama membabitkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), PLANMalaysia Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mampu menjadi platform bagi merangka, menetap dan menasihatkan Kerajaan Negeri Johor dalam pembentukan masyarakat rendah karbon (low carbon society).

Advertisement

“Malahan, JLCC juga boleh menjadikan Pusat Penyelidikan Rendah Karbon Asia yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai sebagai gedung rujukan bagi menjayakan enam pendekatan tersebut dan seterusnya menterjemah sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals 2030) di Johor,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau yang juga bekas Exco Sains dan Teknologi menggesa kerajaan Johor menetapkan halatuju rendah karbon melalui dasar dan tindakan antaranya seperti penguatkuasaan larangan penggunaan penyedut minuman plastik, plastik sekali guna dan bekas makanan dan minuman polisterina.

Selain itu kerajaan negeri dicadang memperkenalkan caj pencemaran bagi penggunaan plastik sekali guna (single-use plastic) sebagai melengkapi larangan penggunaan plastik sekali guna.

Advertisement

“JLCC juga harus meneroka dan mengkaji kebolehlaksanaan perdagangan karbon di negeri Johor selari dengan langkah kerajaan persekutuan yang bakal menelitinya kelak.

“Kerajaan Johor wajar menjadikan JLCC sebagai titik tumpu (focal point) PBT, agensi awam, pemain industri, ahli akademik dan masyarakat akar umbi dalam menjayakan agenda masyarakat rendah karbon dan seterusnya mendepani perubahan iklim dunia.

“Penghayatan sambutan Hari Bumi Sedunia tidak sempurna setakat ucapan dan harapan tanpa sebarang dasar dan halatuju yang jelas daripada pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top