BM | EN | 中文

Apa hala tuju KPWKM? – Hannah Yeoh

Hannah-Yeoh.jpg

Gambar Ehsan malaysiaworldnews.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mempersoalkan hala tuju kementerian itu di bawah pimpinan Datuk Seri Rina Harun.

Hannah berkata, hala tuju kementerian itu dilihat sangat berbeza berbanding semasa di bawah pimpinan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Apa sudah jadi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)?

Advertisement

“Hala tuju KPWKM di bawah pimpinan Dr. Wan Azizah yang menekankan aspek keselamatan kanak-kanak, pembangunan keluarga dan keselamatan sosial untuk wanita sudah agak berbeza dengan pimpinan Menteri Wanita Perikatan Nasional (PN) sekarang,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Hannah yang juga ahli parlimen Segambut turut melontarkan membandingkan hala tuju KPWKM di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) denga kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam aspek keselamatan kanak-kanak, pembangunan keluarga dan keselematan sosial untuk wanita.

Antaranya peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang memiliki peruntukan khas untuk membantu usahawan wanita.

Advertisement

Dalam hantaran sama, Hannah juga mempersoalkan mengapa KPWKM tidak memberi tumpuan kepada Rang Undang-undang Gangguan Seksual dan agensi kanak-kanak yang hanya boleh dilakukan oleh KPWKM dan bukan kementerian lain.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top