BM | EN | 中文

Apa guna Adham Baba sebagai menteri kalau tak mampu pertahan KP Kesihatan? – Lim Kit Siang

Adham-Baba-Tiong-King-Sing-KKM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 NOV: Apabila seorang Menteri Kesihatan tidak mampu untuk mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan beliau, apakah gunanya Menteri Kesihatan ini?

Demikian dinyatakan ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kita Siang bahawa ahli parlimen Bintulu, Tiong King perlu membuat permohonan maaf di Parlimen atas serangan peribadi beliau yang bersifat jahat dan pengecut terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

“Mengapa menyerang Ketua Pengarah Kesihatan tetapi membiarkan Menteri Kesihatan terlepas, melainkan jika terdapat elemen politiking?

Advertisement

“Serangan Tiong kepada Dr Hisham adalah jahat dan pengecut.

“Kerana beliau, sebagai seorang ahli parlimen lima penggal sejak 1999 patut tahu bahawa Menteri Kesihatan dan bukannya Ketua Pengarah Kesihatan yang sepatutnya bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai apa-apa perkara yang berlaku dalam Kementerian Kesihatan.

“Tiong jelas sekali berasa iri hati dengan “sidang media harian” Dr Hisham. Adakah beliau bercakap bagi pihak diri sendiri atau orang lain? soal Kit Siang.

Advertisement

Beliau turut bersetuju dengan Presiden Cuepacs, Adnan Mat yang mengatakan Tiong telah membuat serangan yang tidak masuk akal terhadap Noor Hisham.

Katanya, Tiong juga memperkecilkan pengorbanan kakitangan awam yang telah berhempas pulas dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dalam negara kita.

Ujar Kit Siang lagi, tindakan Tiong yang cuba mengatakan Dr Hisham mahu menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah satu serangan yang bersifat jahat dan peribadi.

Advertisement

“Mengapa beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pengendalian wabak Covid-19 dalam negara, memandangkan beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.

“Penting untuk diingat, yang Tiong mendapat sokongan penuh UMNO dalam serangan beliau kepada Dr Hisham,” tambahnya.

Tambah veteran DAP itu, wabak Covid-19 ini menunjukkan kelompongan dalam infrastruktur kesihatan sehingga petugas kesihatan di Sabah terpaksa mengguna kenderaan peribadi mereka sebagai ambulans untuk membawa pesakit daripada kawasan pedalaman yang dilanda banjir.

Advertisement

“Saya tidak dapat melihat bagaimana para pertugas barisan hadapan yang sedang bergelut dengan wabak ini dapat menghargai kempen pemasangan lampu biru di Putrajaya,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top