BM | EN | 中文

Apa fungsi PAS dalam PN?

Ustaz-Azam-Razak.png
Advertisement

MERSING, 5 MAC: Fungsi Parti PAS dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipersoalkan apabila wujud suara dari parti itu yang mempertikaikan isu pentadbiran kerajaan.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azam Razak merujuk kenyataan PAS Pahang mengenai tentanganmereka keatas pembukaan sektor perjudian di negara ini.

“Kenapa nak bising dan bersuara, bukankan PAS sudah berada dalam kerajaan? Justeru haramkan saja pusat perjudian di negara ini.

Advertisement

“Usah nak berdalih dengan bersuara kepada perkara yang kononnya mereka juara untuk meraih sokongan orang ramai.

“Atau PAS boleh keluar dari PN sekiranya apa yang mereka suarakan tidak didengari kepimpinan kerajaan PN,” tegasnya ketika dihubungi.

Beliau menyeru agar PAS jangan hanya membantah dengan bersuara, tetapi perlu melakukan tindakan tegas sekiranya parti itu benar-benar mahu memperjuangkan isu tersebut.

Advertisement

“Mereka sudah boleh nasihat Perdana Menteri atau memberi amaran kepada kerajaan dalam isu judi ini,” katanya.

PAS Pahang dalam satu kenyataan semalam berkata kerajaan PN digesa supaya tidak dilihat rakyat setara dengan tauke atau syarikat perjudian dan “berdiri sama tinggi”.

PAS Pahang, melalui Ketua Penerangannya Mohd Tarmizi Yahya berkata, kerajaan PN perlu menyusun kerangka ke arah menamatkan sepenuhnya aktiviti berteraskan perjudian dari terus beroperasi di dalam negara ini.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top