BM | EN | 中文

“Apa alasan kerajaan tak tamat darurat? – Adun Parit Yaani

Flashmob-tamat-darurat-johor-2.jpg

Aminolhuda Hassan (paling kanan)

Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 28 MAC: Apa alasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak menamatkan darurat, soal Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor berkata, kerajaan perlu segera menamatkan Proklamasi Darurat bagi membolehkan perbincangan terus diadakan bagi membawa suara rakyat.

Katanya, tindakan untuk terus menutup pintu Dewan Rakyat dan Dewan Negeri adalah suatu perkara yang mengundang kepincangan.

Advertisement

“Pasar boleh buka, bazar Ramadhan juga akan dibuka dan pelbagai tempat lagi boleh buka, kenapa parlimen dan DUN tidak boleh dibuka?

“Darurat ini secara jelas menutup pintu demokrasi dan menutup hak wakil-wakil rakyat membincangkan isu dan dasar negara seperti Covid-19, ekonomi dan pentadbiran termasuk soal perkerjaan dan sebagainya.

“Rakyat perlu diberi penjelasan berkenaan darurat serta apa yang dimaksudkan dengan darurat.

Advertisement

“Rakyat seperti tidak perasan suara mereka seperti tertutup akibat darurat. Ini kerana tidak ada persidangan yang berlangsung yang akan membawa suara mereka,” katanya.

Aminolhuda berkata demikian dalam ucapannya ketika ‘flashmob’ ‘Tamat Darurat’ di Simpang Renggam semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata kesan yang dihadapi rakyat hari ini adalah kerana keputusan sebelah pihak tanpa sebarang bantahan atau cadangan yang lain.

Advertisement

“Oleh kerana parlimen tidak bersidang, secara langsung keputusan yang dibuat ketika pentadbiran PH iaitu Undi 18 yang sepatutnya menjadi tanggungjawab pelaksanannya melalui SPR telah ditangguhkan.

“Contoh lain, isu pasukan barisan hadapan yang mendapat suntikan vaksin awal selain daripada petugas kesihatan.

“Bagaimana pula dengan guru-guru dan pensyarah yang berhadapan yang sepatutnya termasuk dalam kumpulan barisan hadapan?

Advertisement

“Sepatutnya perkara itu dibincangkan di Parlimen dan DUN, tetapi bila berlakunya darurat, nasib mereka tidak dapat diperjuangkan.

“Keputusan hanya sehala dan tidak berlaku semak imbang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top