BM | EN | 中文

ANWAR TEKANKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DIKALANGAN WAKIL RAKYAT

Anwar-Ibrahim.png
Advertisement

BATU PAHAT, 7 SEPT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekakan keperluan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan wakil-wakil rakyat dalam negara dalam urusan rasmi.

Ahli parlimen Port Dikson itu berkata ia merupakan satu langkah efektif dalam meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan tersebut dikalangan rakyat.

“Tak salah untuk kita teraskan dalam kursus-kursus ahli politik dan penjawat awam supaya urusan surat menyurat dan ucapan dapat perlihatkan sebagai satu mutu pengunaan yang baik.

Advertisement

“Kalau ini dipraktikkan, maka senang untuk kita tekankan keperluan pengunaan Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ‘Seminar Negara Bangsa: Bahasa Melayu Identiti Negara’ di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Batu Pahat di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar menyampaikan ucaptama di majlis yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan yang mewakili Menteri Besar Johor.

Advertisement

Anwar turut memuji usaha kerajaan negeri Johor dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu, termasuk melalui penganjuran setengah hari itu yang berobjektifkan bagi mendaulatkan Bahasa Melayu supaya dapat diguna pakai disemua tempat dan peringkat lapisan masyarakat.

Seminar itu juga bertujuan untuk menyediakan resolusi yang akan menjadi agenda pengukuhan semula peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta instrumen menyatupadukan rakyat.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top