BM | EN | 中文

Anwar tak nafi intai kerusi di Johor – Laporan

anwar-ibrahim-maszlee-malik.jpg

Gambar Ehsan FB Anwar Ibrahim

Advertisement

KLUANG, 28 NOV: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap masih terlalu awal untuk beliau memutuskan bertanding di kerusi mana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak.

Pada masa sama Ahli Parlimen Port Dickson itu juga tidak menafikan dakwaan tersebut yang mula diperkatakan ramai apabila beliau sedang mengintai kerusi Parlimen di Johor.

“Yaka? Di mana? Simpang Renggam dia (Dr. Maszlee Malik) tidak bagi tapi seperti mana biasa ini terlalu awal.

Advertisement

“Mereka baca (nampak) sebab saya datang ke sini di Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata tidak, tapi saya tak tahu,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Presiden di sini semalam.

Terdahulu, Anwar menerima borang keahlian PKR daripada Maszlee dan 500 ahli baharu ke dalam Cabang Simpang Renggam di Dewan JKKK Kampung Baru Machap.

Advertisement

Sebelum ini, terdapat ura-ura Ketua Pembangkang itu mungkin akan bertanding di Batu Pahat, Tebrau atau Segamat yang kini disandang bekas wakil rakyat PKR yang melompat ke parti lain.

Mengulas penyertaan Maszlee ke dalam PKR, Anwar berkata, kemasukan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memberi suntikan baru yang sangat bermakna kepada parti.

“Beliau mewakili barisan golongan muda yang boleh memperkuatkan lagi kedudukan parti,” katanya.

Advertisement

Ketika ditanya adakah ia memberi bayangan awal Maszlee akan mempertahankan kerusi Simpang Renggam di bawah tiket PKR, Anwar berkata perbincangan ke arah itu akan dilakukan selepas ini.

“Soal kerusi belum lagi kita bincang tapi tentulah kenyataan beliau diambil kira tentang prestasinya sebagai antara Ahli Parlimen yang banyak turun ke bawah dan prestasi ketika menjadi menteri yang saya percaya akan diberi pertimbangan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top