BM | EN | 中文

Anwar, Shafie pikul tanggungjawab kerjasama kembalikan mandat rakyat – Guan Eng

anwar-ibrahim-Shafie-Apdal.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Pakatan Harapan (PH) bersama blok pembangkang yang terdiri daripada 105 ahli parlimen tidak boleh membuang masa dan perlu menggunakan pendekatan “khemah besar” untuk menuntut kembali mandat sebagai kerajaan yang dipilih mengikut perlembagaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan 105 ahli parlimen pembangkang sebagai asas, PH Plus dapat menuntut kembali mandat pilihan raya 2018 yang telah dirompak oleh kerajaan pintu belakang yang terdiri daripada parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat.

Advertisement

“Perlu ada alternatif yang jelas terhadap kerajaan PN yang telah gagal yang menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi.

“Mengekalkan kerajaan PN yang telah gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan masalah sebenar adalah seluruh kerajaan PN itu,” katya Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, Majlis Presiden PH membenarkan pemimpin untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan kecuali tiga pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat demikian.

Advertisement

“Sebagai respon kepada laporan media berbaur anti-DAP yang cuba menyelewengkan berita ahli parlimen DAP, Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan perbincangan dengan Menteri PN, sebagai persepsi negatif terhadap mereka dan juga DAP, saya ingin menyatakan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Majlis presiden PH membenarkan semua pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan mengenai keadaan politik kecuali 3 pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian.

“Selain tiga pemimpin teratas daripada DAP, PKR dan Amanah, ramai ahli parlimen dan pemimpin daripada ketiga-tiga parti dalam PH secara sendiri telah mengadakan banyak perbincangan dengan seteru politik.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH bagi ia dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top