BM | EN | 中文

ANWAR: JANGAN TERUSKAN HIMPUNAN ‘SAY NO TO ZAKIR NAIK’

F6587ABA-6B86-4ED9-8A0C-275CFC3F3C63.jpeg

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya penganjur himpunan ‘Say no to Zakir Naik’ serta beberapa lagi himpunan lain supaya tidak meneruskan niat tersebut.

Anwar berkata ini kerana tiada keperluan untuk melangsungkan himpunan tersebut memandangkan isu berkenaan telahpun reda.

“Zakir Naik juga sudah dilarang untuk berceramah di seluruh negara oleh pihak polis maka meneruskan bantahan tersebut hanya akan meningkatkan serta memanaskan suhu politik negara sekaligus mengundang pelbagai reaksi,” kata Anwar menerusi satu kenyataan.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai himpunan tersebut bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Selain himpunan ‘Say No To Zakir Naik’, dua lagi himpunan – Equal Rights To Indians and Other Races- juga dirancang untuk dianjurkan di Brickfields, esok.

Pihak polis bagaimanapun telah mengeluarkan amaran kepada penganjur bahawa tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka tetap dengan keputusan berhimpun esok.

 

Johorkini

    

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top